Hiasan hotel terunggul yang glamor melengkapkan santapan mewah dan spa yang luar biasa
Mandarin Oriental, Hong Kong yang terletak di pusat bahagian Tengah, menikmati lokasi terbaik dengan akses mudah ke tarikan pelancongan utama, daerah membeli-belah mewah dan hab perniagaan. Beberapa anugerah cemerlang yang diperoleh hotel selama ini termasuk Anugerah Lima Bintang Forbes Travel Guide 2024; Hotel Perniagaan Terbaik Di Dunia Anugerah Business Traveller Asia-Pacific Awards 2023; serta Hotel Terkemuka di Hong Kong dan Suite Hotel Terkemuka di Hong Kong oleh World Travel Awards.
Hotel ini terletak tidak jauh dari Masjid Jamia yang kecil, masjid tertua di bandar yang terletak di dalam rimbunan pohon beringin yang matang. Selain itu, terdapat pelbagai pengalaman eksklusif yang disusun oleh hotel untuk memberikan anda detik-detik yang tidak dapat dilupakan. Untuk benar-benar menghargai keindahan Pulau Hong Kong, sertai lawatan penerbangan selama 18 minit yang unik untuk mendapatkan perspektif baharu sambil anda terbang tinggi di atas Pelabuhan Victoria, dan menikmati pemandangan menakjubkan pantai dan teluk pulau di sebelah selatan. Bagi mereka yang gemar barangan mewah, sertai pengalaman membeli-belah VIP eksklusif di Landmark Mall untuk meneroka dan turutkan kemahuan hati di butik-butik mewah. Bagi penggemar seni, hotel ini menyediakan lawatan peribadi yang berpandu di Galeri Amanda Wei dan Chatham Maison untuk membolehkan anda menyelami koleksi dan pameran yang dikurasi.
Suite-suite yang luas di Mandarin Oriental Hong Kong menawarkan pemandangan Pelabuhan Victoria yang terkenal dan latar langit ikonik Hong Kong dan menjanjikan penginapan yang luar biasa, khususnya di Mandarin Suite. Suite ini dilengkapi dengan cantik, dengan barangan antik yang tidak ternilai, perabot lama yang telah dipulihkan dan barangan buatan tangan. Vista bandar yang menawan boleh dihayati sepenuhnya dari balkoni, yang terbentang sepanjang ruang tamu dan ruang makan yang luas.
Perkhidmatan katering di Mandarin Oriental, Hong Kong melebihi jangkaan ketika melayan pilihan dan keperluan pemakanan pengembara Muslim. Sajian Halal yang dibuat khusus, pilihan ikan dan makanan laut atau menu daging istimewa yang disyorkan oleh cef berbakat mereka boleh disediakan atas permintaan. Sarapan halal juga disediakan dengan tempahan awal. Kecemerlangan kulinari hotel ini dipertingkatkan dengan dua restoran berbintang Michelin, Mandarin Grill + Bar, yang menawarkan gril klasik dengan sentuhan moden, dan Man Wah, yang menyajikan masakan Kantonis tradisi. Tempat makan dengan suasana mewah yang anggun inmengekalkan bintang Michelin masing-masing selama enam belas dan sebelas tahum secara konsisten, yang mempamerkan komitmen tidak berbelah bagi untuk pengalaman sajian luar biasa bagi tetamu.
*Sesetengah kemudahan dan perkhidmatan disediakan atas permintaan.