Terbang Tinggi Bersama Keluarga Di
The Upper House

Bilik tamu bergaya minimalis yang direka khas dalam suasana keunggulan bijou di tengah-tengah kota

The Upper House ialah hotel lima bintang unggul yang menduduki tempat keempat dalam kategori 50 Hotel Terbaik Dunia 2023. Ia menawarkan pengalaman hotel yang luar biasa, sekaligus mengukuhkan kedudukan Hong Kong sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia. Diilhamkan oleh arkitek André Fu, hotel ini mempamerkan reka bentuk klasik abadi Asia dengan gaya minimalis. Persekitarannya membangkitkan ketenangan dan kemesraan bagaikan berada di dalam kediaman persendirian yang serba lengkap dengan perkhidmatan hospitaliti yang terunggul.

The Upper House menghormati privasi dan kesantunan tetamu Muslim; kakitangannya dilatih agar peka dan prihatin terhadap keperluan khusus mereka. Kemudahan beribadah disediakan untuk tetamu menunaikan solat lima waktu, termasuk sejadah, kompas, jadual waktu dan penunjuk arah kiblat. Peralatan gim dalam suite, katil urut dan rawatan spa juga disediakan untuk tetamu bersenam dan bersantai dalam suasana peribadi dan selesa.

Masjid Jamia, masjid tertua di Hong Kong, terletak hanya enam minit dengan menaiki kenderaan dari hotel. Muslimin dan muslimat dijemput melawat serta menunaikan kewajipan agama di sini.

Pihak hotel juga bersedia mengatur pengalaman membeli-belah peribadi secara eksklusif di Pacific Place yang berdekatan. Pelbagai jenama antarabangsa terkemuka boleh didapati di pusat membeli-belah ini. Hotel ini sebahagian daripada kompleks Pacific Place yang menempatkan menara pejabat gred A, pengalaman beli-belah yang mengasyikkan, pangsapuri khidmat yang unggul dan pilihan tempat makan yang lazat — kesemuanya di atas pusat pertukaran pengangkutan yang utama. Taman Hong Kong yang berwarna-warni juga terletak berdekatan — ia diserikan dengan acara dan pameran yang menarik di antara seni bina warisan di Asia Society Hong Kong.

Pintu masuk ke The Upper House adalah melalui muka bangunan berarca ‘Stone Curtains’ rekaan Thomas Heatherwick yang membuka perjalanan menaik melalui ruang-ruang yang mencetuskan ketenangan, diselangi arca monolitik dan karya seni yang menawan. Tumpuan utama diberikan kepada kelestarian alam dengan melupuskan penggunaan plastik sekali guna dalam barang perabis di dalam bilik serta pemasangan paip penapisan untuk menyediakan air minuman tanpa had. Sekalipun menerapkan unsur-unsur hijau ini, The Upper House masih tetap menawarkan suite-suite yang luas dan bilik mandi yang cantik yang memenuhi setiap keperluan.

Di kemuncak bangunan ini ialah Salisterra, sebuah restoran Mediterranean yang menawan selera tetamu dengan sajiannya yang sofistikated serta perkhidmatannya yang cemerlang. Chef Ricardo Chaneton mendapat ilham semasa menetap di Sepanyol dan selatan Perancis, selain mengambil inspirasi warisan Itali beliau untuk mencipta pengalaman kulinari yang mencerminkan ketulusan hati. Berpandukan kekayaan tradisi dan peredaran musim di Mediterranean, masakan beliau mempamerkan keceriaan rasa dan gaya masakan rantau tersebut. Maklumkan pihak hotel terlebih dahulu jika anda mempunyai citarasa khusus atau sebarang perkara yang perlu diberikan perhatian untuk memastikan anda menikmati pengalaman kulinari yang istimewa. The Upper House berusaha memenuhi keperluan pemakanan khusus tetamunya.

KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN PREMIUM

Kemudahan Solat

Kemudahan Dalam Suite

Perkhidmatan Khas

Masjid Terdekat

*Sesetengah kemudahan dan perkhidmatan disediakan atas permintaan.