Bersuka Ria Dalam Air Di Water World Ocean Park Hong Kong

Main air atau menari sepanjang malam di Water World, dengan perkhidmatan VIP yang merangkumi parti kolam renang peribadi serta konsert yang mengujakan bersaksikan Laut China Selatan

Dibuka secara rasmi pada 2021 sebagai taman air tepi laut sepanjang tahun yang pertama di Asia, Water World menawarkan pemandangan unik di sepanjang pantai di Daerah Selatan. Keseronokan bermain air menanti seisi keluarga menerusi 27 tarikan di luar dan di dalam lima zon yang bertemakan pengembaraan. Tidak kira orang muda yang memburu pengalaman yang mengujakan atau keluarga berbilang generasi yang ingin meluangkan masa bersama, taman ini menyediakan segalanya untuk lawatan yang luar biasa dengan pelbagai perkhidmatan yang boleh disesuaikan.

Horizon Cove, yang terletak di tengah-tengah Water World, ialah kolam ombak dalaman yang membuatkan anda merasai kehebatan lautan dalam yang membiru. Jendela langit lutsinar di bahagian atap menyinari kolam dengan cahaya semula jadi yang lembut, manakala corak ombak yang dihasilkan secara berterusan menjadikan anda terasa seperti mengalami pengembaraan akuatik. The Horizon Stage, dilengkapi dengan skrin latar belakang LED yang besar, menyediakan suasana yang sempurna untuk hiburan siang dan malam yang menawan hati. Sama ada acara tempahan atau perhimpunan persendirian, kawasan kolam renang dalaman ini akan menambahkan sentuhan ajaib pada acara anda, dan menjanjikan pengalaman yang benar-benar mengasyikkan.

Khemah eksotik di Cabanas menawarkan pemandangan laut yang menakjubkan, menyediakan suasana yang indah untuk momen intim. Sebagai alternatif, anda boleh menganjurkan parti VIP yang besar di teres atas bumbung untuk menikmati pengalaman parti tepi kolam yang terbaik sambil berseronok dalam persekitaran yang mengagumkan. Ruang parti juga boleh diubah menjadi kawasan tertutup dengan akses terhad, yang memberikan lebih privasi dan suasana eksklusif. Sama ada anda memilih untuk berendam di dalam kolam air sejuk atau air hangat, kakitangan perkhidmatan sangat prihatin dalam memastikan keselesaan dan kepuasan anda.

Untuk hidangan kulinari, pelbagai jenis masakan yang lazat ditawarkan oleh Horizon Grill. Restoran ini memenuhi pelbagai pilihan diet dan menyajikan hidangan halal seperti roti shawarma, taco dan burger. Sebagai bukti komitmen restoran ini, ia diperakui oleh Pemegang Amanah Diperbadankan Dana Komuniti Islam Hong Kong. Pilihan vegetarian juga disediakan untuk memenuhi keperluan kulinari setiap tetamu.

Anda inginkan tarikan aktiviti akuatik yang mengujakan, meraikan momen intim, pengalaman parti VIP, atau peluang eksklusif untuk memiliki seluruh taman untuk kegunaan peribadi anda? Water World bersedia untuk mencipta perjalanan yang tidak dapat dilupakan yang memenuhi semua keinginan anda. Hubungi Water World hari ini dan izinkan pasukan berdedikasi taman ini mengubah impian anda menjadi kenyataan.

KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN PREMIUM

BAGAIMANA UNTUK KE SANA