Keseronokan Sekeluarga Di Resort Pantai:
The Fullerton Ocean Park Hotel Hong Kong

Keseronokan sekeluarga dengan pemandangan penuh Laut China Selatan dan reka bentuk pantai yang santai

The Fullerton Ocean Park Hotel Hong Kong terkenal dengan pengembaraan mesra alam sekitar. Pengiktirafan yang diterima termasuk memperoleh Pensijilan Emas WELL di bawah WELL Building Standard™ v2. Pra-pensijilan ini adalah pencapaian penting yang diiktiraf oleh International WELL Building Institute™ (IWBI™) yang mengiktirafkan hasratnya untuk melaksanakan strategi kesihatan dan kesejahteraan. Pengiktirafan lain yang diterima Hotel ini untuk strategi kesihatan dan kesejahteraan, ialah anugerah Hotel Gaya Hidup Terkemuka Hong Kong 2023 yang diberikan oleh World Travel Awards; penamaan sebagai Resort Baharu Terbaik di China oleh anugerah TTG China Travel; dan salah satu hotel dan resort terbaik untuk keluarga di Asia 2024 oleh Travel + Leisure. Ia juga menerima Anugerah Emas dalam kedua-dua kategori Pembangunan Hotel & Pelancongan Terbaik dan Pembangunan Hijau Terbaik di MIPIM Asia Awards 2022.

Terletak di sepanjang pantai selatan Hong Kong di Aberdeen, The Fullerton Ocean Park Hotel menawarkan anda peluang untuk menikmati pengalaman tanpa had dengan alam semula jadi. Sebagai hotel Fullerton pertama di Hong Kong dan pusat peranginan Fullerton pertama di seluruh dunia, hotel ini mempunyai 425 bilik dan suite dengan pemandangan laut dan pelbagai bilik bertema untuk kanak-kanak dan dua suite kolam mandi yang unik termasuk The Fullerton Pool Suite dan The Penthouse Pool Suite. Dengan suasana pantai yang unik, hotel ini berdiri megah di atas Laut China Selatan. Ocean Park dan Water World kedua-duanya tidak jauh dari sini, menjadikan resort tepi pantai mewah ini sebagai tempat unggul untuk keriangan bersama keluarga yang berterusan.

Penggemar adrenalin akan teruja dengan keajaiban alam semula jadi semasa mencabar ombak. Sertai lawatan peribadi hotel untuk akses eksklusif ke Ocean Park dan Water World. Lawatan ini membolehkan anda menerokai tarikan terkenal ini mengikut rentak anda sendiri dan dalam suasana yang lebih intim. Asingkan diri daripada hiruk pikuk orang ramai untuk pengalaman yang lebih terpencil sambil anda menikmati keseronokan tempat tarikan yang wajib dikunjungi ini.

Berdekatan dengan taman tema; akses mudah ke bandar melalui pengangkutan terus; pandangan yang luar biasa; penginapan mewah; dan pilihan tempat makan tepi laut yang enak serta kemudahan kesihatan menjadikan The Fullerton Ocean Park Hotel sebuah resort percutian impian. Aktiviti yang komprehensif dan memperkayakan untuk tetamu menjanjikan penginapan yang tidak dapat dilupakan.

Tingkatkan pengalaman kulinari disesuaikan untuk cita rasa peribadi anda di The Fullerton Ocean Park Hotel dengan pilihan santapan peribadi disediakan atas permintaan. Servis makan di dalam bilik untuk sarapan pagi yang memuaskan, makan tengah hari yang ringan atau makan malam romantis membolehkan anda mengecapi kemudahan dan fleksibiliti sepenuhnya. Hotel ini berusaha untuk memenuhi keperluan anda dengan pilihan hidangan lazat yang dihantar terus ke depan pintu anda. Bagi mereka ingin menjamu selera di tepi laut, hotel ini menawarkan pilihan lima restoran dan kafe, setiap satu menyajikan pengalaman kulinari yang unik. Daripada hidangan Kantonis tradisi kepada hidangan Singapura yang memuaskan dan banyak lagi, anda boleh memulakan pengembaraan gastronomi yang menepati setiap selera.

KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN PREMIUM

Kemudahan Solat

Kemudahan Dalam Suite

Katering

Perkhidmatan Khas

Masjid Terdekat

*Sesetengah kemudahan dan perkhidmatan disediakan atas permintaan.