Hong Kong Disneyland Resort: Dunia Magik Yang Mesra Keluarga

Destinasi yang terkenal di dunia itu bagaikan dalam kisah-kisah dongeng kanak-kanak, menjadikannya pilihan yang tepat untuk keluarga yang mencari pengembaraan yang luar biasa

Disneyland sememangnya sinonim dengan tempat yang sungguh mempesona dan penuh keajaiban. Ia memikat hati keluarga-keluarga di seluruh dunia sejak Walt Disney menghidupkan filem-filemnya melalui taman tema Disney yang pertama dibuka pada 1955. Sejak itu, taman berjenama Disney yang lain telah diwujudkan di seluruh dunia, mengikuti yang pertama di Anaheim, California, dengan edisi Hong Kong dilancarkan pada tahun 2005. Terkenal dengan tarikan mempesonakan dan watak-watak kegemaran, Hong Kong Disneyland menawarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk pelawat daripada semua peringkat umur.

Ciri-ciri holistik mesra keluarga membezakan taman tema ini dengan yang lain sebagai destinasi bertaraf dunia. Pakej Acara Taman membolehkan anda menikmati akses peribadi ke seluruh taman atau tarikan bertema khusus, dan memastikan pengalaman dapat disesuaikan dengan pilihan anda. Dengan pertunjukan pentas gaya Broadway, sesi pertemuan dengan watak-watak, perarakan peribadi untuk VIP, atau pilihan makan malam bufet peribadi di salah satu tarikan bertema taman, setiap aspek acara anda akan disusun dengan teliti untuk mencipta detik-detik indah buat seisi keluarga.

Satu lagi ciri luar biasa yang menawarkan percutian terbaik di Hong Kong Disneyland ialah Pengalaman Taman Tema istimewanya. Bayangkan anda mempunyai hos peribadi anda sendiri untuk membawa anda masuk melalui akses keutamaan; menempah tempat duduk untuk pertunjukan tertentu; berkongsi fakta dan cerita yang menyeronokkan; dan memperkenalkan dunia serba baharu yang menawarkan pengalaman hebat. Tonton pertunjukan istana ‘Momentous’ Nighttime Spectacular yang menawan dalam ruang tontonan khusus yang ditetapkan. Raikan Summer Snow Day di ‘World of Frozen’ yang mempesonakan bersama anak-anak anda di taman ‘Frozen’ (‘beku’) pertama di dunia berdasarkan filem Disney terkenal itu. Si gadis kecil anda akan tertawa riang apabila mereka bertukar menjadi adik-beradik Anna dan Elsa di Butik Bibbidi Bobbidi, dengan kehadiran Olaf si orang salji mengambil swafoto. Anda juga boleh menjadikan setiap saat lebih ajaib di Hong Kong Disneyland dengan Akses Premier Disney. Dapatkan akses keutamaan ke tarikan paling popular; anda akan menjimatkan masa dan kemudian boleh menikmati lebih banyak lagi tarikan semasa anda bersama kami. Pengalaman istimewa ini meningkatkan tahap keseronokan lawatan anda.

Taman ini juga memahami kepentingan memenuhi keperluan agama tetamu individu. Sebuah bilik yang sunyi berhampiran dengan Restoran Explorer’s Club di Mystic Point menawarkan ruang yang tenang untuk bersolat atau keperluan beribadah yang lain . Para tetamu juga boleh menikmati pelbagai hidangan antarabangsa yang lazat termasuk hidangan yang memiliki sijil Halal.

Setelah penat seharian beraktiviti yang penuh dengan keseronokan dan hiburan, nikmati penginapan yang luar biasa di salah satu Suite Bertema Kingdom Club di Hong Kong Disneyland Hotel. Kanak-kanak boleh merealisasikan impian mereka di Suite Cinderella atau Suite Frozen. Terokai dunia ajaib hebat dengan menaiki kereta labu atau bermain dalam landskap musim sejuk yang indah. Bagaikan magik, penginapan unik ini menghidupkan fantasi mereka, mencipta kenangan yang akan segera dikongsi dengan teman-teman di tanah air baik yang cilik mahupun yang berjiwa cilik..

KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN PREMIUM

BAGAIMANA UNTUK KE SANA

HUBUNGI

Tempahan

Pakej Acara Taman