Membeli-belah Barangan Berprestij Di
Landmark Mandarin Oriental, Hong Kong

Bilik yang anggun di oasis tengah bandar untuk menambat sebuah Mercu Tanda

Bertenggek di atas taman permainan orang kaya di bandar ini, The Landmark Mandarin Oriental, Hong Kong adalah hotel butik permata yang menawarkan 111 bilik tamu dan suite yang luas. Gabungan reka bentuk dalaman yang anggun dan kemudahan yang luar biasa menjadikan penginapan di sini satu pengalaman yang mengasyikkan untuk tetamu. Sebagai sebahagian daripada kompleks mewah The Landmark yang menggabungkan menara pejabat gred-A, butik membeli-belah khusus dan berjenama, serta tempat makan yang hebat di tengah-tengah bandar, hotel ini merupakan syurga untuk pelancong perniagaan dan percutian: keseronokan sebenar dalam metropolis yang sibuk di mana ruang untuk beristirahat merupakan komoditi yang sukar ditemui.

Suite Hiburan ialah sanktuari terbesar di hotel. Kemuncak glamor, ia mentakrifkan hiburan yang mewah sama ada untuk lamaran perkahwinan, sambutan bayi, pesta bujang sofistikated, pelancaran produk eksklusif, pesta ulang tahun yang tidak dapat dilupakan atau penyiaran langsung acara antarabangsa utama. Pelbagai pilihan istimewa termasuk cerut Cuba, snek, mesin popcorn, teh dan kopi eksotik, dan peti pameran kristal yang menawarkan hidangan manis dan berperisa hasil ciptaan chef bintang Michelin hotel.

The Landmark Mandarin Oriental, Hong Kong telah dianugerahkan lima bintang dalam Forbes Travel Guide Star Awards 2024 merentas kategori hotel, restoran dan spa. Ia menawarkan enam restoran dan bar yang menakjubkan, termasuk Amber yang memiliki dua bintang Michelin dan bintang Hijau, Sushi Shikon yang memilik tiga bintang Michelin dan Kappo Rin yang diberi satu bintang Michelin. Nikmatilah kepakaran kulinari tertinggi dan perkhidmatan luar biasa di restoran berprestij ini untuk pengalaman menjamu selera yang mewah di bawah teraju Pengarah Kulinari Richard Ekkebus.

Jika anda inginkan pengalaman menjamu selera yang intim dalam suite mewah anda, The Landmark Mandarin Oriental, Hong Kong menawarkan peluang untuk meminta chef hebat di hotel untuk menyediakan masakan yang ditempah khas. Item menu halal juga disediakan dengan tempahan awal. Jika anda ingin melakukan solat, muhasabah diri dan beribadah di luar hotel, kunjungi Masjid Jamia, masjid tertua di bandar ini. Dari hotel, ia mengambil masa 19 minit untuk berjalan kaki sejauh1 Km mendaki bukit atau lapan minit sahaja dengan kenderaan.

KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN PREMIUM

Kemudahan Solat

Kemudahan Dalam Suite

Katering

Perkhidmatan Khas

Masjid Terdekat

*Sesetengah kemudahan dan perkhidmatan disediakan atas permintaan.