Terapi Beli-Belah Dikurasi Oleh
Four Seasons Hotel Hong Kong

Kemewahan kontemporari dengan akses eksklusif kepada terapi beli-belah mewah antarabangsa

Sudah beberapa dekad lamanya, jenama Four Seasons yang beribu pejabat di Toronto tidak dapat dipisahkan daripada layanan yang anggun dan perkhidmatan yang cemerlang. Four Seasons Hong Kong dibuka pada tahun 2005 sebagai sebahagian daripada kompleks ifc, pembangunan bercampur yang eksklusif. Jiran hotel ini termasuk pangsapuri servis yang cemerlang, butik-butik eksklusif, menara pejabat korporat gred A, dan perkhidmatan pengangkutan pergi balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong melalui Airport Express dengan daftar masuk dalam bandar. Four Seasons Hotel Hong Kong baru-baru ini diberi wajah baharu oleh bakat tempatan Remedios Studio dan AB Concept.

Banyak perkara yang menjadi tarikan di Four Seasons Hotel Hong Kong. Kolam renang luaran infiniti, ritual spa untuk manjakan diri, dewan tarian mewah dengan siling berketinggian dua kali ganda dan candelier yang berkilauan—semua kemudahan ini boleh disesuaikan mengikut cita rasa anda.

Hanya 15 minit dari hotel dengan kereta, anda boleh melawat masjid tertua di bandar dengan mudah: Masjid Jamia. Hotel ini juga menyediakan pelbagai lawatanyang disusun khas untuk tetamu menyelami pengalaman luar biasa yang ditawarkan Hong Kong. Serahkan kepada pasukan yang berdedikasi untuk mengatur jadual perjalanan peribadi yang disesuaikan dengan minat anda, bagi memastikan pengalaman yang benar-benar tidak dapat dilupakan dan unik sepanjang penginapan anda.

Hotel ini menawarkan bilik dan suite yang luas dan direka dengan sentuhan elegan,yang menampilkan hiasan moden, perabot mahal dan kemudahan mewah. Bilik gim peribadi dan spa peribadi yang dilengkapi Jakuzi besar disediakan di Suite Presiden, membolehkan anda beristirahat sambil mengekalkan rutin kecergasan anda dengan penuh privasi dan keselesaan.

Hotel ini memperoleh lapan bintang Michelin bagi empat restoran eksklusif pada tahun 2024—Caprice telah memperoleh tiga bintang untuk tahun keenam berturut-turut dengan sajian inovatif Chef Guillaume Galliot; Lung King Heen telah dianugerahkan dua bintang; Noi telah meningkatkan status kepada dua bintang; dan Sushi Saito telah mengekalkan status satu bintang. Four Seasons Hotel Hong Kong turut menerima enam anugerah Lima Bintang daripada Forbes Travel Guide 2024 merentas seluruh hotel, The Spa at Four Seasons dan empat restoran. Pengiktirafan ini adalah bukti dedikasi tegar hotel untuk meningkatkan pengalaman tetamu dan memenuhi keperluan pengembara moden yang arif. Hotel ini turut komited untuk memenuhi keperluan pemakanan tetamu Muslim, dan mampu menyediakan pilihan makanan Halal di kebanyakan restoran hotel atas permintaan. Hotel ini berusaha untuk memastikan semua tetamu, tanpa mengira pilihan pemakanan mereka, disambut mesra dan semua keinginan mereka dipenuhi sepanjang penginapan mereka. Menu servis bilik hotel ini juga termasuk pilihan hidangan yang menawarkan pelbagai sumber protein yang diperakui Halal.

KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN PREMIUM

Kemudahan Solat

Kemudahan Dalam Suite

Katering

Perkhidmatan Khas

Masjid Terdekat

* Sesetengah kemudahan dan perkhidmatan disediakan atas permintaan.