Belayar Ke Kelab Kapal Layar Lantau yang Sofistikated

Nikmati gaya hidup kapal layar besar sebagai tetamu istimewa kelab ahli yang mewah ini yang meningkatkan aktiviti air dan darat kepada satu seni

Bagi warga Hong Kong, Pulau Lantau ialah syurga percutian di bandar ini. Lebih besar daripada pulau Hong Kong itu sendiri, Lantau secara keseluruhannya, kekal tidak tercemar dengan banyak denai kembara yang indah dan perkampungan nelayan yang menarik. Ia terletak dalam teluk yang dilindungi. Kelab Kapal Layar Lantau mengalu-alukan peminat sukan yang belayar menaiki kapal layar besar. Hanya setahun selepas dibuka pada 2020, Kelab ini memperoleh anugerah 5 Gold Anchor yang berprestij daripada Persatuan Industri Marina British untuk kemudahan dan perkhidmatan marina yang cemerlang secara konsisten. Pada tahun 2023, Kelab memenangi anugerah Marina Kapal Layar Besar Terbaik di Hong Kong di Anugerah Pelancongan Nautika anjuran majalah LUXLife diikuti pula dengan pengiktirafan Marina Baharu Terbaik di Asia yang dianugerahkan oleh majalah kapal layar berprestij Yacht Style pada 2024.

Dengan kemampuan marina yang menawarkan 148 slip, Kelab adalah salah satu daripada hanya beberapa kemudahan Hong Kong yang boleh memenuhi keperluan kapal layar besar dengan 38 tempat berlabuh yang khusus. Mereka yang belayar dari luar negara boleh menikmati teknologi tambatan terkini, sokongan nautika di tapak, dan tempat perlindungan kalis taufan di mana kapal anggun mereka akan terlindung. Mereka yang ingin merasai gaya hidup kapal layar besar ada pilihan pelayaran tempahan khas ke syurga-syurga pulau yang bertaburan di Hong Kong. Kelab boleh membantu anda berhubung dengan syarikat kapal layar yang paling terkenal di bandar ini untuk mengatur bot laju, bot layar dan kapal berjenama yang lengkap dengan segala kemewahan yang dibayangkan untuk lawatan pantai impian anda. Mereka yang ingin mengembara lebih jauh melalui udara atau darat boleh memanfaatkan perkhidmatan helipad dan limusin di lokasi.

Keluarga yang ingin mengecapi gaya hidup kapal layar besar Kelab ada pilihan pakej percutian di kapal layar atau yachtcation. Para tetamu boleh menikmati kemudahan yang elegan di Kelab seperti bilik hiburan untuk 16 tetamu berkaraoke sepanjang malam atau laman rumput hijau dan teres untuk seramai 150 tetamu yang mungkin menyertai wacana meditasi persendirian atau menatap keindahan bintang di langit malam di tepi laut. Di samping aktiviti sukan Rumah Kelab seperti bola keranjang, tenis dan jenga luar, tetamu boleh bermain golf di Kelab Golf Discovery Bay 27 lubang—yang memenangi Padang Golf Terbaik Hong Kong di Anugerah Golf Dunia pada tahun 2023—sambil menikmati pemandangan laut yang menakjubkan. Kanak-kanak akan teruja dengan kelas luncur ais secara peribadi di Gelanggang Ais Discovery Bay. Pengalaman percutian yang hebat di Kelab Kapal Layar Lantau dan keindahan semula jadi Hong Kong yang luar biasa akan meninggalkan kenangan manis buat selamanya.

KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN PREMIUM

BAGAIMANA UNTUK KE SANA