Santapan Di Kayangan Bersama
Island Shangri-La, Hong Kong

Sentuhan Asia yang elegan di hotel terunggul dengan bilik bertema yang memenuhi keperluan pengembara cilik.

Terletak di tengah-tengah Pulau Hong Kong dengan ketinggian mengagumkan mencecah 56 tingkat, hotel Island Shangri-La, Hong Kong menikmati lokasi terbaik dengan pemandangan Pelabuhan Victoria dan latar langit bandar yang menakjubkan. Ia dinamakan sebagai salah satu daripada 10 Hotel Terbaik di Asia – China – Hong Kong oleh Condé Nast Traveler Readers’ Choice Awards 2021 dan menerima pengiktirafan Hotel Perniagaan Terbaik di Hong Kong dalam Business Traveler Asia-Pacific Travel Awards 2021.

Hotel 56 tingkat yang berdiri megah di atas kompleks membeli-belah dan hiburan paling berprestij bandar ini di daerah Tengah Hong Kong, menawarkan 544 bilik dan suite yang anggun. Ia dilengkapi dengan lapan restoran; YUN WELLNESS serba baharu yang menampilkan kemudahan kelab kesihatan dan spa yang dipertingkatkan; Tingkat Keluarga serba baharu yang menampilkan suite dan bilik mesra keluarga; serta ruang mesyuarat dan acara dengan kemudahan canggih.

Hotel ini adalah sebahagian daripada pacific Place, sebuah kompleks kegunaan bercampur; hotel 5 bintang dan butik-butik mewah adalah titik perhubungan pelbagai laluan kereta api yang menghubungkan dengan sudut-sudut terpencil Hong Kong. Hanya beberapa langkah dari hotel ini terletak Taman Hong Kong yang menyejukkan mata memandang, Taman Zoologi dan Botani Hong Kong yang subur menghijau, dan Terminus Tram The Peak.

Island Shangri-La juga menempatkan lebih daripada 900 karya seni kontemporari, termasuk mural sutera Cina dalaman yang terbesar di dunia, bergelar The Great Motherland of China (kanan), yang berukuran setinggi 16 tingkat dan boleh dilihat dari Aras 41 hingga aras 56 hotel. Karya seni yang unik ini terdiri daripada 250 panel sutera Cina dan dihasilkan oleh 40 artis dari Institut Penyelidikan Seni dan Kraf Beijing. Mereka mengambil masa enam bulan untuk menghasilkan karya seni agung ini. Daripada lobi dihiasi candelier yang berkilauan kepada wangian hotel yang tersendiri, yang tersebar di setiap ruang, Island Shangri-la menyelubungi pengembara dalam satu utopia yang bergaya di mana semua impian menjadi nyata.

Island Shangri-la menawarkan pelbagai pilihan pengalaman santapan dalam lapan restoran dan bar termasuk dua restoran yang memenangi anugerah, yang mempamerkan gabungan kreativiti kulinari dan cita rasa yang menarik untuk memenuhi setiap selera yang memilih. Di sini, anda boleh menikmati pengalaman makan yang anggun dan disesuaikan yang mengandungi bahan-bahan Halal yang disahkan dengan pilihan ruang makan peribadi. Pilihan halal juga boleh didapati daripada menu servis bilik. Hubungi hotel terlebih dahulu, pasukan yang berdedikasi akan gembira untuk membantu anda dengan maklumat bagi memastikan pengalaman menjamu selera yang luar biasa dan disesuaikan yang selaras dengan keperluan dan pilihan anda.

Hotel ini menawarkan pelbagai keistimewaan VIP yang disesuaikan menurut keinginan anda. Turutkan hati dengan pengalaman membeli-belah peribadi di tingkat bawah, di Pacific Place yang berprestij. Di sini anda akan menikmati perkhidmatan butler yang lengkap dan akses eksklusif kepada jenama mewah terkemuka. Lawatan helikopter dan aturan santapan di atas jet peribadi juga disediakan. Bagi pencinta seni dan budaya, hotel boleh membantu untuk mendapatkan tiket untuk acara dan konsert di seluruh bandar.

Ikuti perjalanan yang hanya mengambil masa lapan minit dari hotel dan temui Masjid Jamia yang ikonik, masjid tertua di bandar ini. Selami sejarahnya yang menarik dan rebut peluang untuk menunaikan kewajipan agama anda di tempat ibadah yang disanjungi ini.

KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN PREMIUM

Kemudahan Solat

Kemudahan Dalam Suite

Katering

Perkhidmatan Khas

Masjid Terdekat

* Sesetengah kemudahan dan perkhidmatan disediakan atas permintaan.