Perkhidmatan butler unggul yang hanya beberapa langkah dari Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong
Diilhamkan oleh arkitek tersohor André Fu, The St. Regis Hong Kong menggabungkan seni bina, kepelbagaian budaya dan keanggunan abadi dengan penuh sempurna untuk menghasilkan rumah agam yang tersergam indah di tengah-tengah daerah Wan Chai. Hotel ini diiktiraf sebagai Suite Hotel Terkemuka di Asia dan Hotel Mewah Terkemuka di Hong Kong pada tahun 2024 oleh World Travel Awards, serta dianugerahkan taraf lima bintang oleh Forbes Travel Guide 2024.
Mereka yang inginkan percutian mewah yang sofistikated akan menemuinya di St. Regis Hong Kong yang menawarkan pengalaman yang melangkaui jangkaan serta memenuhi segala impian dan meninggalkan memori yang berkekalan. Hanya beberapa minit dari Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong, St. Regis Hong Kong menawarkan 127 bilik dan suite. Tetamu boleh menikmati perkhidmatan limusin Bentley dan BMW i7 Sedan eksklusif yang diatur oleh butler ikonik St. Regis. Merekalah profesional yang terkenal dengan dedikasi mereka untuk memenuhi setiap keperluan tetamu, daripada membantu membuat tempahan dan mengesyorkan tarikan tempatan, sehinggalah menyediakan pengangkutan dan banyak lagi.
Suite Presiden yang direka bentuk sebagai kediaman yang canggih dan kontemporari menampilkan bahagian dalaman yang elegan serta dihiasi kelengkapan marmar, oak dan gangsa yang menyerlahkan suasana mesra namun glamor. Nikmati pemandangan bandar dan pelabuhan yang menakjubkan melalui tingkap-tingkap besar yang disinari cahaya matahari yang memenuhi setiap ruang.
Hanya perjalanan 5 minit dengan kereta atau 11 minit berjalan kaki dari hotel, anda dijemput menjadi tetamu Masjid Ammar dan Pusat Islam Osman Ramju Sadick yang menyediakan kemudahan beribadah di tingkat dua dan tiga. Muslimin dan muslimat dialu-alukan untuk menunaikan solat lima waktu atau menyempurnakan ibadah yang lain di sini .
Hotel ini turut menampilkan restoran Perancis yang dianugerahi dua bintang Michelin iaitu L’Envol yang diterajui oleh Chef Olivier Elzer dan restoran Cina yang juga bertaraf dua bintang Michelin iaitu Rùn yang diterajui oleh Chef Hung Chi-Kwong. Kedua-dua restoran ini boleh menyediakan menu halal dengan tempahan awal. Untuk pengalaman santapan yang istimewa, tempah ruang makan peribadi dengan hiasan yang memukau di salah satu restoran ini. Selain itu, L’Envol boleh ditempah secara eksklusif untuk keraian sehingga 50 orang tetamu. Atau alternatifnya, nikmati suasana penuh privasi dalam suite anda sendiri dengan membuat tempahan awal untuk hidangan halal jika anda ingin menikmati hidangan lazat yang disajikan mengikut cita rasa tersendiri.
*Sesetengah kemudahan dan perkhidmatan disediakan atas permintaan.