Cara Utama untuk Tiba dan Bersiar-siar dengan Gaya Peninsula Sebenar

Dikenali sebagai “Grande Dame of the Far East”, The Peninsula Hong Kong ialah salah satu hotel mewah bertaraf legenda dunia yang menggabungkan keanggunan abadi dengan tahap hospitaliti luar biasa yang tersohor di seluruh dunia.

Sejak pertama kali dibuka pada tahun 1928, The Peninsula Hong Kong telah meraih pelbagai anugerah tempatan dan antarabangsa yang menjadi bukti kecemerlangan perkhidmatannya. Ini termasuk pengiktirafan Hotel Lima Bintang Forbes Travel Guide 2024, Hotel Warisan Terkemuka di Asia dan Hotel Mewah Terkemuka Hong Kong di World Travel Awards. Pada tahun 2023, ia dinobatkan sebagai Hotel Terbaik di Asia bagi kategori Hong Kong dan Macau oleh Condé Nast Traveler Readers’ Choice Awards dan menduduki tempat keenam dalam kategori Hotel Terbaik di Dunia—satu-satunya hotel dari Asia yang berjaya memasuki senarai 10 teratas.

Spring Moon, salah satu restoran Cina yang paling terkenal di Hong Kong, yang bertaraf satu bintang Michelin, menarik pelanggan setia dengan masakan Kantonisnya yang asli dan anggun. Untuk pengalaman gastronomi Perancis yang paling klasik, tetamu boleh menjamu selera dalam suasana penuh glamor dengan hiburan ‘live’ di Gaddi, sebuah lagi restoran bertaraf satu bintang Michelin yang diterajui oleh Chef Albin Gobil. Untuk pengalaman yang paling ikonik, jangan ketinggalan menikmati hidangan Minum Teh Petang The Peninsula Hong Kong yang terkenal di dunia, bertempat di Lobi megah sambil dihiburkan alunan kuartet alat tali secara ‘live’.

Tahap pengalaman diperibadikan yang tinggi The Peninsula terserlah melalui komitmennya terhadap keperluan dan keutamaan pengembara Muslim dengan dapurnya yang diperakui Halal. Dapur yang diperakui Halal di hotel membolehkan tetamu menikmati pelbagai jenis hidangan lazat dan asli yang disediakan dengan teliti dan mengikut piawaian tertinggi. Makan malam peribadi dan servis bilik dengan menu Halal yang membuka selera boleh disediakan atas permintaan untuk tetamu menjamu selera tanpa was-was.

The Peninsula Hong Kong menawarkan cara yang luar biasa untuk menerokai bandar dan landskapnya yang indah dengan menawarkan lawatan persiaran helikopter terus dari helipad yang terletak di atas bumbung hotel.

Pengalaman membeli-belah peribadi eksklusif dalam arked beli-belah hotel juga boleh diatur, menambahkan lagi keunikan pengembaraan di Hong Kong yang sukar dilupakan.

Suite Peninsula, suite taraf presiden hotel, bagaikan syurga yang mewah untuk tetamu yang arif memilih atau mereka mahukan tempat percutian penuh privasi yang terunggul. Ruang tamu dan ruang makan yang megah dengan siling berketinggian dua kali ganda dan balkoni yang boleh berfungsi sebagai ruang untuk bertemu atau menghiburkan tetamu, dengan pemandangan Pelabuhan Victoria dan latar langit pulau Hong Kong yang menakjubkan. Ruang tamu peribadi tambahan dan ruang pejabat peribadi menyediakan ruang yang intim untuk berehat. Suite ini juga mempunyai pawagam peribadi, gim dan ruang pakaian/ruang persalinan yang sangat luas. Bilik tidur dan bilik mandi yang mewah, dengan kemasan batu oniks, menawarkan pemandangan panoramik pelabuhan.

Malah stesen pengeringan kuku untuk wanita menghiaskan diri untuk acara malam juga disediakan.

KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN PREMIUM

Kemudahan Solat

Kemudahan Dalam Suite

Katering

Perkhidmatan Khas

Masjid Terdekat

*Sesetengah kemudahan dan perkhidmatan disediakan atas permintaan.