Dikenali sebagai “Grande Dame of the Far East”, The Peninsula Hong Kong ialah salah satu hotel mewah bertaraf legenda dunia yang menggabungkan keanggunan abadi dengan tahap layanan luar biasa yang sememangnya dikenali seluruh dunia.
Sejak pertama kali dibuka pada tahun 1928, The Peninsula Hong Kong telah meraih pelbagai anugerah tempatan dan antarabangsa yang menjadi bukti kecemerlangan perkhidmatannya. Ini termasuk – Hotel Lima Bintang Forbes Travel Guide 2024, Hotel Warisan Terkemuka di Asia dan Hotel Mewah Terkemuka Hong Kong di World Travel Awards. Pada tahun 2023, ia digelar Hotel Terbaik di Asia—bagi kategori Hong Kong dan Macau oleh Condé Nast Traveler Readers’ Choice Awards dan menduduki tempat keenam dalam kategori Hotel Terbaik di Dunia—satu-satunya hotel dari Asia yang berjaya masuk dalam senarai 10 teratas.
Spring Moon, salah satu restoran Cina yang paling terkenal di Hong Kong, yang mendapat satu bintang Michelin, menarik pelanggan setia dengan masakan Kantonisnya yang asli dan anggun. Untuk pengalaman gastronomi Perancis yang paling klasik, tetamu boleh menjamu selera dalam suasana glamor dengan hiburan live di Gaddi, sebuah lagi restoran berbintang Michelin yang diterajui oleh Chef Albin Gobil. Untuk pengalaman yang paling ikonik, tetamu tidak boleh ketinggalan menikmati hidangan Minum Teh Petang The Peninsula Hong Kong yang terkenal di dunia, dalam Lobi megah sambil dihiburkan alunan kuartet alat tali secara live.
Tahap pengalaman diperibadikan yang tinggi The Peninsula ditunjukkan melalui komitmennya terhadap keperluan dan keutamaan pengembara Muslim melalui dapurnya yang diperakui Halal. Dapur yang diperakui Halal di hotel membolehkan tetamu menikmati pelbagai jenis hidangan lazat dan asli yang disediakan dengan teliti dan mengikut piawaian tertinggi. Makan malam peribadi dan servis bilik dengan menu Halal yang membuka selera boleh disediakan atas permintaan untuk tetamu menjamu selera dengan penuh yakin.
The Peninsula Hong Kong menawarkan cara yang luar biasa untuk menerokai bandar dan landskapnya yang indah dengan menawarkan lawatan persiaran helikopter terus dari helipad yang terletak di atas bumbung hotel.
Pengalaman membeli-belah peribadi eksklusif dalam arked beli-belah hotel juga boleh diatur, menambahkan lagi keunikan pengembaraan di Hong Kong yang tidak mungkin dilupakan.
Suite Peninsula, suite taraf presiden hotel, bagaikan syurga yang mewah untuk tetamu yang paling arif atau mereka yang mencari tempat percutian penuh privasi yang terunggul. Ruang tamu dan ruang makan yang megah memiliki siling yang berketinggian dua kali ganda dan balkoni yang boleh berfungsi sebagai ruang untuk bertemu atau menghiburkan tetamu, dengan pemandangan Pelabuhan Victoria dan latar langit pulau Hong Kong yang menakjubkan. Ruang tamu peribadi tambahan dan ruang pejabat peribadi menyediakan ruang yang intim untuk berehat. Suite ini juga mempunyai pawagam peribadi, gim dan ruang pakaian/ruang persalinan yang sangat luas. Bilik tidur dan bilik mandi yang mewah, dilengkapi dengan oniks, menawarkan pemandangan panoramik pelabuhan.
Malah stesen pengeringan kuku untuk wanita menghiaskan diri untuk acara malam yang meriah juga wujud.
*Sesetengah kemudahan dan perkhidmatan disediakan atas permintaan.