{"id":7272,"date":"2024-04-11T03:47:29","date_gmt":"2024-04-10T19:47:29","guid":{"rendered":"https:\/\/muslim.midas-staging.com\/pameran-usaha-seni-di-m\/"},"modified":"2024-09-12T16:45:36","modified_gmt":"2024-09-12T08:45:36","slug":"artistic-endeavours-at-m","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/muslim.midas-staging.com\/ms\/artistic-endeavours-at-m\/","title":{"rendered":"Pameran Usaha Seni Di M+"},"content":{"rendered":"\t\t
\n\t\t\t\t
\n\t\t\t\t\t
\n\t\t\t\t
\n\t\t\t\t
\n\t\t\t\t\t\t\t

M+ yang terletak di pusat Daerah Kebudayaan Kowloon Barat, dibuka kepada sambutan hangat pada tahun 2011, selepas sebuah penantian yang penuh harapan. Ternyata ia tidak mengecewakan. Seni bina bangunan yang anggun dan minimalis ini merupakan hasil inspirasi pemenang Hadiah Pritzker 2001 Herzog & de Meuron. Pasangan arkitek Swiss ini mereka bentuk menara setipis wafer yang menghadap ke arah Pelabuhan Victoria, menara yang disusun di atas sebuah podium. Kedua-dua binaan ini dilitupi dengan jubin terakota hijau gelap bagi menyerupai buluh. Pada waktu malam, menara ini berubah menjadi skrin TV gergasi yang menampilkan seni digital untuk menjadikan daerah ini terkenal dengan pertunjukan cahaya yang sentiasa berubah-ubah. Di dalam bangunan, bahan konkrit mendominasi kesederhanaan monokromatik menyeluruh di lobi yang luas\u2014sebuah kanvas kosong yang sengaja diwujudkan untuk menampilkan koleksi kontemporari yang cemerlang. Pintu masuk utama menyambut pengunjung dengan lampu pendan bersaiz besar yang mengingatkan kepada gerai-gerai pasar basah di bandar ini. Bahan-bahan di M+ semuanya melambangkan dikotomi Hong Kong: tradisi yang bersulam erat dengan kemodenan.<\/p>\n

Pameran yang dikurasi dengan teliti di M+ telah diterajui sejak tahun 2016 lagi oleh Suhanya Raffel, warga Australia kelahiran Sri Lanka, Pengarah Muzium dan Chevalier Order des Arts et des Lettres. Dengan bimbingan beliau, hala tuju muzium untuk mempamerkan para artis dan warga kreatif Asia yang cemerlang terus menerobos sempadan. Pameran popular baru-baru ini termasuk kehebatan seni pop artis Jepun Yayoi Kusama pada tahun 2023; gaya penuh enigma fesyenista Cina mendiang Song Huai-Kuei yang juga dikenali sebagai Madame Song pada tahun 2023-24; dan kehidupan serta karya arkitek Cina Amerika mendiang I. M. Pei pada tahun 2024.<\/p>\n

Untuk pengalaman yang tidak dapat dilupakan di M+, pelbagai tempat bersosial tersedia, termasuk Lounge M+ yang direka oleh arkitek tempatan William Lim. Terletak di Aras 11, panorama Pelabuhan Victoria yang indah diiringi oleh seni koleksi peribadi arkitek ini\u2014seorang pengumpul seni Hong Kong yang tegar. Ruang unik seperti Grand Stair merupakan tempat yang sesuai untuk tayangan filem VIP, ceramah atau acara yang tersuai. Ingin mengetahui lebih lanjut tentang bangunan-bangunan pencakar langit Hong Kong? Lawatan imersif koleksi karya tempatan muzium\u2014termasuk lukisan tangan asal oleh bekas rakan kongsi P&T James Kinoshita dari Jardine House\u2014boleh dianjurkan secara eksklusif buat rombongan anda. Anda berminat dengan filem yang menyelami pelbagai permata seni bina di Timur Tengah? Tayangan peribadi filem pendek dan dokumentari boleh diadakan di pawagam M+. Dari sudut kedudukan yang terletak tinggi di atas rumput menghijau, persekitaran luar dan bayu laut yang segar menyelubungi setiap pengalaman yang tidak dapat dilupakan di M+.<\/p>\n\t\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t

\n\t\t\t\t
\n\t\t\t\t
\n\t\t\t

KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN PREMIUM<\/h2>\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t
\n\t\t\t\t\t
\n\t\t
\n\t\t\t\t
\n\t\t\t\t
\n\t\t\t\t\t