{"id":7308,"date":"2024-04-12T00:42:07","date_gmt":"2024-04-11T16:42:07","guid":{"rendered":"https:\/\/muslim.midas-staging.com\/terbang-tinggi-dengan-heliservices\/"},"modified":"2024-09-12T16:40:41","modified_gmt":"2024-09-12T08:40:41","slug":"soar-new-heights-with-heliservices","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/muslim.midas-staging.com\/ms\/soar-new-heights-with-heliservices\/","title":{"rendered":"Terbang Tinggi Dengan Heliservices"},"content":{"rendered":"\t\t
\n\t\t\t\t
\n\t\t\t\t\t
\n\t\t\t\t
\n\t\t\t\t
\n\t\t\t\t\t\t\t

Hong Kong mungkin terkenal sebagai hab kewangan, akan tetapi taman-taman, pulau-pulau, sungai-sungai dan tasik-tasik jauh melebihi kawasan anyang terbina. Apa yang menjadikan bandar ini istimewa adalah kawasan desa yang dekat dengan kawasan bandar: aktiviti berenang, belayar, mendaki dan berbasikal gunung semuanya boleh dinikmati apabila balik kerja. Untuk benar-benar mengalami dikotomi indah di bandar ini, terbang tinggi di antara dua bangunan pencakar langit yang berkilauan dan rentasi kehijauan yang diselubungi kabus dengan penerbangan helikopter unik yang boleh disuaikan.<\/p>\n

Heliservices telah diasaskan pada tahun 1978 oleh Kumpulan Kadoorie. Heliservices ialah satu-satunya penyedia premium perkhidmatan penerbangan sayap berputar di Hong Kong, dengan rangkaian perkhidmatan penerbangan lengkap termasuk carter pesawat untuk bersiar-siar dan perkhidmatan VIP.<\/p>\n

Pengalaman penerbangan mewah bermula di China Clipper di tingkat 30 The Peninsula Hong Kong. Setelah makan hidangan ringan sambil menikmati pemandangan Victoria Harbour di ruang art deco yang direka bentuk bagi menyerupai kabin pesawat kelas pertama, tetamu dibawa ke tingkat atas ke helipad di atas bumbung. Anda akan menaiki helikopter untuk lima penumpang, yang dilengkapi dengan mewah. Anda hanya sedar anda sudah berada di udara apabila bumbung terbuka dan langit biru menyerlah. Orang kesayangan anda akan kagum dengan pemandangan apabila pesawat itu turun naik di sekitar bandar, dan bangunan pencakar langit digantikan oleh gunung yang sama tinggi namun dihiasi dengan air terjun, tokong dan astaka. Perjalanan yang menerujakan ini berakhir terlalu cepat dan anda kembali di bumi nyata. Namun begitu, perasaan bebas bagaikan burung yang terbang di angkasa metropolis yang luar biasa ini akan kekal seumur hidup.<\/p>\n\t\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t

\n\t\t\t\t
\n\t\t\t\t
\n\t\t\t

KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN PREMIUM<\/h2>\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t
\n\t\t\t\t\t
\n\t\t
\n\t\t\t\t
\n\t\t\t\t
\n\t\t\t\t\t