{"id":7336,"date":"2024-04-27T16:24:21","date_gmt":"2024-04-27T08:24:21","guid":{"rendered":"https:\/\/muslim.midas-staging.com\/madame-tussauds-hong-kong-swafoto-bersama-bintang-pujaan\/"},"modified":"2024-09-12T16:25:40","modified_gmt":"2024-09-12T08:25:40","slug":"madame-tussauds-hong-kong-get-up-close-with-stars","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/muslim.midas-staging.com\/ms\/madame-tussauds-hong-kong-get-up-close-with-stars\/","title":{"rendered":"Madame Tussauds Hong Kong: Swafoto Bersama Bintang Pujaan"},"content":{"rendered":"\t\t
\n\t\t\t\t
\n\t\t\t\t\t
\n\t\t\t\t
\n\t\t\t\t
\n\t\t\t\t\t\t\t

Bergaul dengan selebriti kesayangan dari sejarah lampau di Madame Tussauds Hong Kong. Diasaskan oleh pengukir Perancis terkenal Marie Tussaud yang memiliki bakat luar biasa mencipta replika lilin yang realistik, ia dibuka di The Peak pada tahun 2000. Sebagai lokasi Madame Tussauds kekal yang pertama di Asia, Madame Tussauds Hong Kong mempunyai lebih 100 patung lilin di 11 zon. Lihat pelakon Hollywood yang glamor, bintang K-pop yang disayangi, artis terkenal, pemuzik dan wira sukan. Ambil swafoto dengan klon-klon lilin bintang dari China Jay Chou, Angelababy, Leon Lai dan Louis Koo. Mereka disertai oleh Cristiano Ronaldo, Lady Gaga, Mahatma Gandhi, Catherine, Princess of Wales, dan banyak lagi nama terkenal dalam lembaran budaya dan sejarah.<\/p>\n

Untuk pengalaman unik, ikuti Jelajah Di Sebalik Tabir dan temui rahsia di sebalik pembuatan patung lilin. Lawatan eksklusif ini membawa anda menelusuri sejarah Madame Tussauds yang meliputi langkah-langkah dan alatan penting yang terlibat dalam proses mereka cipta patung-patung lilin realistik yang menakjubkan. Sertai proses ukuran yang membolehkan anda melalui pengalaman diukur seperti selebriti. Cuba sisipkan helaian rambut pada patung untuk membantu ada memahami dan menghargai kehalusan pertukangan di sebalik setiap rekaan patung.<\/p>\n

Bukan itu sahaja, Madame Tussauds Hong Kong bersedia membuatkan anda berasa kagum dengan tarikan yang kini melangkaui patung lilin tradisional. Pengalaman mengasyikkan ini menggabungkan teknologi dan aktiviti interaktif untuk lawatan yang menarik untuk seisi keluarga. Anda akan terpegun dengan paparan interaktif termaju dan teknologi inovatif yang menghidupkan patung-patung ini. Daripada pengalaman realiti terimbuh kepada permainan interaktif, setiap satu memberi kejutan baharu yang akan membuatkan setiap ahli keluarga anda terpesona.<\/p>\n

Dengan sejarah yang menjangkau lebih daripada 260 tahun, Madame Tussauds mempunyai lebih 24 lokasi tersendiri di seluruh dunia, termasuk di kota-kota ikonik seperti New York, Shanghai, Amsterdam, Sydney, dan tempat kelahirannya sendiri, London. Langkah masuk ke alam di mana realiti berubah menjadi fantasi. Bersedia untuk terpesona dengan kepakaran tinggi dan kehalusan seni yang menghidupkan patung lilin yang luar biasa ini.<\/p>\n\t\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t

\n\t\t\t\t
\n\t\t\t\t
\n\t\t\t

KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN PREMIUM<\/h2>\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t
\n\t\t\t\t\t
\n\t\t
\n\t\t\t\t
\n\t\t\t\t
\n\t\t\t\t\t