Hong Kong menghamparkan permaidani merah untuk pengembara global yang dihormati dengan menyediakan jadual perjalanan yang tersuai dan tawaran eksklusif, yang menguliti mereka dalam serba kemewahan. Pengembara yang berpengalaman mudah terlupa dalam kesibukan mereka bahawa hab kewangan Asia ini ialah bandar bertaraf dunia. Pengalaman seni, budaya, santai dan hospitaliti yang terbaik boleh dinikmati oleh setiap ahli keluarga anda di sini. Kemewahan kemudahan moden dan menepati trend terkini berdiri di samping tradisi lama dan ritual sejak berzaman. Terokai dengan mendalam apa yang ditawarkan oleh Bandar Dunia Asia dengan jadual perjalanan VIP yang tersuai untuk menepati minat anda dan cara melancong anda yang unik. Segalanya boleh di Hong Kong; sikap ‘boleh buat’ yang terkenal di bandar ini menjadikan percutian impian anda satu realiti.

Rancang perjalanan istimewa anda dengan bermula di sini—sekarang.

Kandungan dan reka bentuk oleh

Pertemuan Budaya

Pengalaman seni dan budaya Hong Kong yang meriah mencerminkan warisan timur bertemu barat bandar ini. Seni bina canggih yang direka oleh pemenang Hadiah Pritzker menempatkan khazanah yang tidak ternilai, yang wajib dilihat oleh mereka yang berminat untuk mendalami sejarah bandar ini—dan diri mereka sendiri. Bersiar-siar di sepanjang boulevard luas di Daerah Kebudayaan Kowloon Barat sambil anda mengikuti lawatan peribadi yang dibimbing oleh kurator. Nikmati pemandangan tepian air dari teres Muzium Kesenian Hong Kong selepas sepetang menjamu mata meneliti khazanah dalaman. Keindahan yang ditatapi mata anda akan disimpan seumur hidup.

Terokai HK Dengan Penuh Gaya

Hong Kong dikurniakan keajaiban alam semula jadi yang menakjubkan. Sebagai permata yang berkilau-kilauan di Laut China Selatan, ia memiliki pelabuhan dalam yang berhadapan dengan pergunungan hijau dan pulau-pulau yang kelihatan sempurna, dengan cara hidup santai yang mengundang penerokaan. Lakukan dengan gaya yang hebat sambil anda belayar, terbang tinggi atau menaiki simbol-simbol ikonik bandar ini, semuanya secara peribadi, di dalam kapal layar, helikopter atau tram anda yang serba lengkap. Sama ada anda suka pada kelajuan atau anda suka secara santai—bandar ini milik anda dan anda yang menentukan cara anda ingin menikmatinya.

Ikatan Keluarga

Hong Kong mempunyai pelbagai tradisi keluarga yang menekankan kepentingan kanak-kanak dan warga tua kepada masyarakat. Bandar ini faham betapa perlunya memberi perhatian kepada setiap ahli keluarga tersayang dan menyediakan aktiviti menyeronokkan sesuai dengan peringkat umur dan minat masing-masing. Taman air, interaksi secara dekat dengan makhluk laut dan darat, teater pendidikan, tunggangan yang menerujakan dan diorama seakan-akan hidup: pelbagai pilihan tidak terbatas tersedia untuk menghiburkan keluarga. Untuk memastikan privasi buat rombongan anda, seluruh tempat tersedia untuk pelbagai tarikan manakala aktiviti boleh disesuaikan menurut citarasa anda. Dalam sekelip mata, kenangan dicipta untuk seumur hidup.

Perkhidmatan Luar Biasa

Hong Kong terkenal dengan kemampuan untuk melakukan sesuatu secara profesional dan penuh keanggunan. Bagi menikmati pengembaraan anda yang ditempah khas, manfaatkan pengetahuan dan kepakaran tempatan melalui pelbagai perkhidmatan eksklusif yang ditawarkan oleh bandar ini. Perlu mencari gaun unik yang sesuai dengan anda? Tiada masalah: pembeli peribadi boleh mengesyorkan pereka avant garde dan selebriti dengan pelbagai gaya dan aksesori untuk dipilih. Ingin belajar kung fu daripada pakar seni mempertahankan diri? Siap: anda dan rakan karib anda boleh menumbuk dan menendang sepuas hati di ruang penuh privasi di bawah bimbingan pakar tali pinggang hitam. Segalanya dalam senarai impian dan keinginan anda boleh menjadi realiti. Siaran pengalaman pelancongan hebat anda di IG pasti akan dinanti-nantikan dan dikongsi oleh rakan taulan dan saudara di rumah.