Jemput masuk ke alam penuh kemewahan yang tidak terhingga. Serahkan diri kepada kemudahan eksklusif hotel terkemuka dan perkhidmatan terbaik yang hanya boleh dihargai oleh mereka yang arif. Setiap kehendak dan keinginan keluarga anda bukan sahaja akan dipenuhi—tetapi lebih daripada itu, seolah-olah kakitangan yang pakar dalam bidang ini boleh membaca fikiran anda dan menjadikannya satu realiti.
Langkah masuk ke lif tetamu peribadi. Sebaik saja pintu ditutup, lif bergerak laju dan anda sudah tiba di tingkat anda dalam sekelip mata. Apabila pintu dibuka, rumah yang menakjubkan menanti anda. Ruang tamu yang elegan menawarkan pemandangan luar yang dramatik untuk anda dan orang tersayang berehat dan bersantai dengan penuh gaya. Dapur persendirian dengan ruang makan bersebelahan sesuai untuk perbincangan keluarga yang meriah tentang aktiviti seharian sambil menjamah hidangan oleh pakar kulinari yang menepati pilihan diet khusus anda. Sama ada anda jenis yang bertenaga dan suka ke gim atau jenis yang suka bersantai dalam jakuzi, spa peribadi anda akan membuat setiap ahli keluarga berasa cergas, segar semula dan bersemangat untuk pengembaraan seterusnya di bandar. Manjakan diri dalam rumah firdausi 5 bintang anda sendiri—lambang antara hotel-hotel terbaik di dunia.
Di Tengah-tengah Kota:
The Landmark Mandarin Oriental, Hong Kong
Alami keasyikan penginapan mewah dengan jamuan kulinari yang diperibadikan untuk anda kongsi bersama yang tersayang di ruang makan dalam suite yang terang dan lapang.
Keanggunan Asia Diiringi Perkhidmatan Cemerlang:
Mandarin Oriental, Hong Kong
Rasai sendiri sentuhan urutan yang sungguh menenangkan bersama pakar urut mahir yang diiktiraf dalam suasana penuh privasi suite anda; kemudian, jamu selera di sekeliling meja makan besar sambil membuat kenangan keluarga yang baharu.
Kehalusan Yang Mempesona:
Rosewood Hong Kong
Masuk ke rumah anda yang begitu sempurna dengan menaiki lif peribadi, dan temui bilik gim yang serba lengkap dan teres luaran dihiasi rimbunan hijau dengan kolam renang peribadi di Suite Presiden.
Kemegahan Utopia:
Island Shangri-La, Hong Kong
Langkah masuk ke dunia mitos yang mewah di Suite 5-Bay yang indah yang dilengkapi ruang makan peribadi dan spa terbina dalam dengan katil urut kembar untuk pertemuan romantis yang jauh dari pandangan mata dunia.
Kemewahan Ala Minimalis:
The Upper House
Kecapi kehidupan mewah di Suite André Fu dengan ruang spa eksklusif yang menawarkan katil urut berkembar dan meja makan yang luas untuk keluarga makan bersama dalam suasana riang.
Kemudahan Sempurna Dengan Panorama Indah:
Regent Hong Kong
Nikmati teres luaran seluas 250 meter persegi yang menakjubkan, kolam renang peribadi, sauna, gimnasium peribadi dan katil spa yang mewah; anda mungkin tidak mahu percutian keluarga anda berakhir.
Keseronokan Sekeluarga Di Resort Pantai:
The Fullerton Ocean Park Hotel Hong Kong
Selam ke dalam kolam infiniti peribadi anda sambil menyaksikan pemandangan laut 270 darjah tanpa halangan selepas pengalaman yang menyeronokkan dengan beruang panda dan ikan lumba-lumba betul-betul di sebelah hotel.
Nikmati Kemuncak Kemewahan:
The Ritz-Carlton, Hong Kong
Berendam bersama anak-anak dalam jakuzi peribadi dan sauna Suite Presiden di dalam hotel 5 bintang yang tertinggi di dunia sambil disaksikan awan.
Rumah Agam Indah Wan Chai:
St. Regis Hong Kong
Izinkan pelayan peribadi anda merancang percutian sempurna anda di kota yang tak pernah tidur, sementara anda dan orang tersayang anda bermain, menjamu selera dan berehat di Suite Presiden yang cantik.
Sanktuari Eksklusif Dengan Keanggunan Kontemporari:
K11 ARTUS
Setibanya di suite besar dengan menaiki lif peribadi, anda akan terpegun dengan pemandangan 270 darjah Pelabuhan Victoria yang menakjubkan dari teres yang luas untuk anda dan orang tersayang anda.
Suasana Mewah Tradisional:
The Peninsula Hong Kong
Bersenam untuk kekal cergas dan hebat di bilik gim peribadi sebelum menonton wayang di malam hari bersama orang tersayang dalam keselesaan bilik pawagam khas Suite Presiden.
Syurga Musim Bunga, Musim Panas, Musim Gugur dan Musim Sejuk:
Four Seasons Hotel Hong Kong
Bersenam di bilik gim peribadi dan kemudian hilangkan stres di spa yang mempunyai jakuzi besar di dalam Suite Presiden yang menawarkan pemandangan Pelabuhan Victoria yang mengagumkan.