Kenali Kegemilangan Empayar Timur Di Hong Kong Palace Museum

Khazanah empayar yang gemilang yang dipilih dengan teliti daripada simpanan arkib Beijing, dikurasi untuk pemahaman peribadi anda tentang budaya Cina

Muzium Istana Hong Kong bagaikan jendela yang membenarkan kita meninjau budaya Cina dan pada masa yang sama membolehkan orang Cina melihat dunia luar melalui bingkai unik ini. Muzium ini mempunyai tiga misi: dari perspektif kurator, ia menggunakan pendekatan antarabangsa dengan naratif kukuh yang menggambarkan zaman lampau menggunakan teknologi multimedia terkini. Kedua: ia bertujuan untuk bekerjasama dengan tamadun global lain yang mengimpak dunia melalui pameran imersif yang khusus. Ketiga: ia ingin menyerlahkan perspektif yang unik bagi Hong Kong melalui penglibatan artis tempatan. Mereka diberi peluang mempamerkan tafsiran masing-masing tentang budaya Cina.

Muzium yang terletak di bahagian barat Daerah Kebudayaan Kowloon Barat dibuka pada tahun 2022 diiringi sambutan baik oleh masyarakat antarabangsa. Arkitek Hong Kong Rocco Yim mereka bentuk sebuah peti harta karun untuk menempatkan artifak yang tidak ternilai dari Muzium Istana dan tempat lain. Suasana agung dihadirkan melalui ruang yang menuju ke langit sebagai pengiktirafan kepada bangunan pencakar langit yang menguasai bandar. Dilitupi dengan aluminium keemasan bagi menyerupai jubin kaca yang digunakan di Beijing, bahagian hadapan bangunan Muzium Istana ini melambangkan nilai permata-permata yang disimpan di dalamnya.

Pintu-pintu merah yang formal mendedahkan kemegahan tiga lobi berketinggian dua kali ganda, setiap satu menghadap ke arah yang berbeza; dua daripadanya menawarkan pengalaman visual Pelabuhan Victoria yang menakjubkan. Atrium muzium ini dikelilingi sembilan galeri dengan ruang pameran seluas 7,800 meter persegi yang diselubungi dengan peredam bunyi untuk mempamerkan khazanah dengan gangguan yang minima. Muzium Istana Hong Kong ini dikemudi oleh pengarah muzium Dr. Louis Ng, seorang profesional dan ahli sejarah yang memiliki pengalaman selama 36 tahun dalam perancangan dan pengurusan muzium. Pameran istimewa yang popular baru-baru ini termasuk pameran Botticelli ke Van Gogh 2023-24, yang menampilkan seni tidak ternilai dari Galeri Nasional London dan pameran seni taman dan artifak diraja YUAN MING YUAN 2024.

Muzium ini sengaja direka untuk menimbulkan kejutan dan keseronokan, melalui ruang-ruang yang mengundang pelawat untuk menemukan sesuatu yang baharu setiap kali mereka melawat. Memandangkan setiap galeri tidak bertingkap demi melindungi artifak daripada pancaran matahari, Ruang Tinjauan membawa pelawat keluar dari setiap atrium ke titik-titik kompas yang berbeza untuk mengambil swafoto di luar berlatarkan langit. Auditorium Kelab Joki Hong Kong yang menjadi tumpuan untuk acara awam, menyediakan 400 tempat duduk untuk mereka yang ingin menganjurkan tayangan atau ceramah VIP. Lebih banyak acara kasual boleh diadakan di atas tangga-tangga besar yang menghubungkan atrium. Jika ingin menyelami pameran galeri terpilih, anda boleh memilih lawatan peribadi eksklusif bersama kurator. Ingin tahu lebih mendalam tentang sejarah porselin biru dan putih dinasti Ming? Sudah tentu! Lawatan direka khusus tentang artifak Ming yang tidak ternilai ini boleh dianjurkan buat anda dan keluarga anda sahaja. Berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang koleksi muzium yang semakin bertambah? Tiada masalah. Seorang kurator boleh membimbing anda meneroka Galeri Enam dengan cerita-cerita di sebalik khazanah di situ—kebanyakan telah disumbangkan oleh pemimpin-pemimpin masyarakat Cina. Institusi Raja mudah didekati anda di Muzium Istana Hong Kong.

KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN PREMIUM

BAGAIMANA UNTUK KE SANA